Muqadimah..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 2, 2010

FIKIRKANLAH....





Aku malu
Melihat sesetengah orang Islam
Hukum aurat pun tak faham

Aku malu
Bila baca suratkhabar
Berita mengenai penagih dadah
Melayu tempat pertama
Islam agamanya

Aku malu
Kerana ada seorang artis Melayu Islam kata
"Saya ada banyak show, solat tak apa,
Nanti saya qadha"
Begitukah nilai solat
Pada mata artis itu?

Aku malu
Bila ramai anak-anak
Melayu Islam berebut-rebut
Nak ikut semua budaya barat
Siapa tak ikut, skema katanya


Aku malu
Bila terbaca mengenai kisah
Seorang pakcik Islam yang mencabar Allah
Dan sekelip mata, pakcik itu meninggal dunia di sambar petir
Namun berapa ramai yang tahu kisah itu?
Siapa yang ambil pengajaran?
Kuasa Allah kenapa masih ditidakkan?

Aku malu
Bila terbaca
Tulisan seorang mualaf cina
Yang menegur suatu kes pergaduhan politik dulu
Melibatkan melayu islam dan Melayu Islam

Aku malu
Tatkala terbaca di suratkhabar
Mengenai lelaki dan perempuan yang 'ringan-ringan'
Di belakang rumah Allah

Aku malu
Pabila terlihat seorang abang sekolah menengah
Masih dalam baju sekolah dan menggalas beg
Selamba letak tangan atas bahu seorang kakak
Kakak tu, sekolah menengah juga
Aku lihat kakak itu
Tak marah diperlakukan begitu
Kakak itu rileks saja, boleh senyum lagi

Aku malu
Bila mana melihat kanak-kanak
Kini di sekelilingku
Lebih kenal Paris Hilton, Beyonce
Daripada Sumayyah, Rabi' bin Khait'sam

Aku malu
Bila mana melihat kanak-kanak
Kini di sekelilingku
Terkinja-kinja menari@menyanyi
Tapi bila suruh baca AlQuran
Tak pun paling senang berzikir
Sesetengah daripada mereka
Diam tak tahu apa-apa

Aku malu
Dengan diri sendiri
Hanya mampu kucoretkan
Perasaanku di sini
Moga jika ada yang terbaca nukilan ini
Akan tumbuh suburlah rasa insaf di hati

No comments:

Post a Comment