Muqadimah..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 30, 2009

HIJRAH 1431.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Illahi, dengan limpah kurnianya, kita dapat bertemu lagi di tahun hijrah yang baru iaitu 1431. Setiap yang hidup pastinya mati, yang muda akan menjdi tua dan yang terbaik akan menjadi lebih baik pada tahun hijrah yang baru ini.

Perkara yang lepas menjadi tauladan dan pengajaran. Alhamdulillah pada kali ini kita akan membuka lembaran baru dan memulakan hidup yang baru dan ke arah yang diredhai oleh Allah s.w.t. Tatkala bumi semakin tua, peperangan tidak berhenti, kekejaman masih berlaku, kita masih berada dalam lindungan Allah s.w.t bersyukur kita kepada Allah s.w.t. Pada tahun hijrah yang baru ini, kita perlu menginsafi segala kesalahan dan kesilapan kita sama ada sedar atau tidak. Mohon pengampunan kepada Allah s.w.t agar kita dijauhkan oleh seksaan api neraka yang amat panas, " Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang pernah hamba Mu lakukan dan jauhkan hamba Mu daripada azab api neraka Mu, Ameen..".

Pada tahun baru ini juga, kita perlu mencari kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki agar kita tidak taksub mengejar duniawi sehingga kita lupa pada ukhrawi (akhirat). Kita melakukan pembaharuan yang sepatutnya dan yang paling penting sekali dalam pembaharuan hubungan kekeluargaan. Pembentukan akhlak, jati diri dan sahsiah diri yang baik bermula dari rumah. Mari kita memikirkan diri kita, anak-anak kita, adik-beradik kita dan saudara-mara kita, apakah kita inginkan sebuah keluarga yang teruk dan mengecewakan. Sudah pastinya tidak mahu. Sebuah keluarga yang bahagia adalah impian setiap manusia dan menjadi sebuah angan-angan ketika kita hendak melelapkan mata. Justeru itu, kita perlu merealisasikan impian keluarga bahagia.

Selain itu juga, kita perlu muhasabah diri kita, cari kelemahan kita dan perbaikinya. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru dan diredhai Allah s.w.t agar kita tidak lagi melakukan perkara yang sama dan kesilapan yang sama. Kita manusia biasa dan hina disisi Allah s.w.t, dan hamba yang sering lalai, justeru itu kita akan terasa bosan dengan perkara yang sama, kita mencari sesuatu yang baru untuk diri kita dan iman kita, bukan cari isteri yang baru, bukan cari rumah baru, bukan cari kereta baru tetapi untuk diri kita dan juga iman. Allah s.w.t rindukan rintihan hambaNya diwaktu sepertiga malam, adakah kita sering bertemu denganNya? Marilah kita bertemu denganNya pada waktu sepertiga malam khususnya dan janganlah kita sesekali melalaikan yang wajib.

Pada tahun Hijrah 1431 yang baru juga, sama ada kita sedar atau tidak, masa berlalu dengan pantas dan singkat. Namun kita sering dipertontonkan dengan keadaan sebilangan manusia yang mengejar duniawi dan sedikit sebanyak melupakan ukhrawi (akhirat), sungguh sedih bila melihat mereka yang mengejar duniawi, walaupun sudah diberi peringatan, namun masih lagi berdegil dan mereka mengatakan " ah..muda hanya sekali jadi mari kita enjoy dan mencari kepuasan untuk diri". Itulah kata-kata yang mereka banggakan dan jahil. Kita diperingatkan dengan kematian yang datang bila-bila masa, tidak kira kita tua atau muda, tidak kira kita sedang ketawa, berjalan, berbaring dan duduk, maut pasti datang.

Firman Allah s.w.t "(111) Dan tunduklah segala muka kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi kekal Mentadbirkan makhluk-Nya; dan sesungguhnya rugilah orang yang memikul kezaliman. (112) Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang amal soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikit pun dari pahalanya."
(Surah Thaha ayat 111-112)

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka..." ( Surah Ar- Ra'ad :11)

Sempena tahun baru 2010 juga kita perlu bersiap sedia dengan masalah dunia yang sedang berlaku tidak kira dari segi ekonomi,politik,bencana alam dan juga peperangan. Kita memulakan langkah yang terbaik dan fikiran yang rasional agar kita bijak memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik dan merubah kehidupan kita yang lebih baik dari sebelumnya, jadikanlah hari esok yang lebih baik dari semalam.

sekian......Bismillahhirrahmannirahim Selamat Datang Tahun Baru Hijrah 1431 dan 2010 M.

Saturday, December 19, 2009

DISISI ALLAH S.W.T

"Wahai tuhan ku tak layak ke syurga Mu, namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu, Kami takut kami harap kepadaMu, ampunkanlah dosa kami terhadapMu"

Muhasabah diri kita sempana tahun HIJRAH 1431.

Thursday, December 3, 2009

SENYUM...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Senyum Itu satu sedekah yang paling mudah dan ia boleh membuat insan di sekeliling kita rasa tenang dengan kita dan suka dengan kita. Malah dengan senyuman juga kita dapat menenangkan hati kita dan hati insan yang sedang marah dan tidak tenang. :-)