Muqadimah..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 6, 2009

Jangan Terlalu Suka Dan Jangan Terlalu Benci.


Firman Allah s.w.t " Dan Barangsiapa menyukai sesuatu sedangkan aku tidak meredhai dan Barangsiapa tidak menyukai sesuatu sedangkan aku menyukainya dan meredhai "

Itulah firman Allah s.w.t tentang hambaNya yang mempunyai perasaan yang suka dan benci. Setiap perkara yang kita suka ada juga yang Allah tidak meredhai dan Allah tidak suka dan ada juga perkara yang kita tidak suka tetapi Allah s.w.t menyukainya dan meredhai. Semua yang kita terima ketentuan Allah s.w.t ada hikmahnya serta bersebab, janganlah kita mengeluh, terlalu suka kepada sesuatu perkara dan terlalu membenci sesuatu perkara. Ini kerana, setiap perkara yang kita terlalu suka kita pasti membencinya suatu masa nanti, cukuplah sekadar kita menyukai ala kadar sahaja dan jika kita terlalu membenci sesuatu perkara kita pasti akan menyukainya dan janganlah kita terlalu membenci, cukuplah sekadar kita tidak suka secara ala kadar.

Bacalah dan Fikir-fikirkanlah semuanya ada kaitan dengan kehidupan kita, daripada hidup dengan berkasih bersama pasangan, makanan, barang dan yang berkaitan dengan hidup kita.

Jangan jadikan air mata kita jatuh kerana manusia tetapi tangisilah segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.