Muqadimah..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 8, 2010

Epilog Silam

Ketika diamku ditepi pintu rumah,

Aku dibayangi kisah yang silam,

Bertapa hinanya aku disisi Allah s.w.t,

Malu dan Rasa berdosa hingga mati,

Iman ku sering diuji,

Kadang kala aku gagal, kadang kala aku gagahinya,

Merintih Taufik dan Hidayah-Nya,

Memohon pengampunan yang sebenar dari-Nya,

Pelbagai dugaan ku lalui,

Ku Sabari apa yang ku hadapi sehingga sekarang ini,

Ku merasa kadang kala, aku jauh dari-Nya,

Ku Berusaha Mendekati-Nya,

Ya Allah, jangan kau biarkan hamba-Mu ini jauh dari rahmat-Mu,

Ampunkanlah Hamba-Mu yang hina ini,

Jauhkanlah dari seksaan api neraka-Mu,

Kurniakanlah Taufik dan Hidayah-Mu,

Teguhkanlah Keimananku,

Jauhkanlah hamba-Mu ini dari perkara yang keji.

Amin.......

No comments:

Post a Comment