Muqadimah..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 23, 2009

Nasihat Bagi Orang Yang Bercinta.


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Tuesday, October 20, 2009

Pasrah Segalanya.....


" Kerana Engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku dihati,Ya Allah tidak ku terdaya lagi, Ya Allah lindungilah daku, bekalkan daku dengan limpahan iman untuk menghadapi dugaan Mu"

Monday, October 19, 2009

Forgive Me.....


" When we try to maintain the better self from make a mistake, it's only when we remember always about we self, and think before decide something. But, if we default, our lives will have scratches caused our mistake. I appologize for all errors that had done. Especially on my parents,teachers (ayahanda and ummi), freinds and human errors that I do. I hope you all forgive me, because I have been trying our best to maintain relationships and my attitude if less groove. "

Saturday, October 17, 2009

Fun with English Camp 3 at Sudara Beach Resort.

Assalammualaikum and Hai..3 days ago i participate in English Camp. The English Camp is arranged at Sadura Beach Resort at Bachok, Kelantan. The english camp is advocacy the Univercity Malaysian Kelantan (UMK). The objective the english camp is the student can improve the english language and build confident to speak in english. This is the best camp because i have to speak in english everytime or every minute. I think, this is a the way to developed the english language. Beside that, this is first time i come in to the company of the camp with so fun and have a input and knowledge.

I felt enjoy with the camp, because have the great, best and amzing facilitator. I want say thank you a lot to ,Ummi,Miss Linira,Madam Karvajit, Madam Rosdalila, Mr. Williams, Mr. Arizal, Mr. Ariff, and Mr. Khairul ( I'm sorry if have a wrong spell with the name. Thank you, because you of all spirit to teach me and handle the english camp and thank you so much to Dr. Berhannudin because you are the best teacher. I hope can improve the english language and i will try to make a better in english.

Lastly, I hope the english camp will get carry on for the soon and can make something different. Thank you a lot to you all which succes those camp.

Saturday, October 10, 2009

PILIHAN HIDUPKU......

1) Solehah.
2) Keimanan dan Kebaikannya.
3) Taat pada Allah s.w.t dan Suaminya.
4) Ilmunya dan sifat keibuan.
5) Menjaga Kehaormatannya dan batas pergaulan.

" Bismillahhirrahmannirrahim...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada insan yang melabuhkan cintanya kepada Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintai Mu. Ya Allah jika kau pertemukan ku dengan insan yang lain dari apa yang ku harapkan, aku bermohon pada Mu agar diberi kekuatan untuk mendidiknya agar menjadi apa yang ku harapkan, dan sesungguhnya setiap ketentuanMu itu ia baik untukku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku, dan jika dia bukan milikku,damaikanlah hatiku dengan ketentuammu. Ya Allah berilah Nur Hidayah dan Taufik Mu kepada insan yang kau dekatkan dengan hatiku agar menjadi insan yang baik dan taat kepada Mu Ya Allah, Ameen......."

* Doa untuk dikongsi bersama dengan pengunjung.

BERSYUKUR.....

Assalammualaikum...bersyukur ke hadrat Illahi, kerana telah memberi nikmat untuk hidup, nikmat kesempurnaan pancaindera dan nikmat kebahagiaan dan rezeki yang diberi. Bersyukur juga kita menjadi manusia kerana, kita ialah insan yang diberi amanah oleh Allah s.w.t sebagai khalifah dimuka bumi ini. Bersyukur kita kerana kita dikurniakan keindahan dunia yang Allah s.w.t cipta untuk kita berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t. Bersyukur kita kerana menjadi umat NABI MUHAMMAD S.A.W , sesungguhnya kita dikurniakan Rasul yang paling mulia disisi Allah s.w.t, mulia hatinya sehingga memohon kepada Allah s.w.t agar umatnya ( kita ) diberi ruang bertaubat sebelum mati...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosaku ini yang pernah melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Sehinggakan Baginda pernah mendoakan penduduk Madinah agar menjadi insan-insan yang baik. Memang benar, ternyata benar, penduduk madinah memang baik-baik belaka, sejuk mata memandang dan sungguh ramah penduduk madinah, berbeza dengan penduduk di Makkah, penduduk di Makkah dikatakan kurang sopan dan ia diceritakan oleh orang-orang yang kerap menunaikan Ibadah Haji dan Umrah. Ini kerana penduduk Madinah ada yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w manakala penduduk Makkah ada yang berketurunan Abu Jahal.

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t......

Bersyukur kita kerana diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada terjerumus ke lembah hina dan jahil. Ujian demi ujian yang kita lalui sehingga kita lemah adalah kerana Allah s.w.t sayangkan kita, Allah s.w.t menyayangi hamba-hambaNya dengan pelbagai bentuk, sama ada kita diberi ujian dengan kehilangan insan yang disayangi, diberi kesusahan, diberi kelewatan dalam urusan dan dihadirkan insan yang baik-baik untuk membantu kita dan sebagainya, usah kita bersangka buruk pada Allah s.w.t kita perlu redha dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan dan kita bersabarlah atas ujian yang diturunkan dan ada hikmah disebalik ujian yang diturunkan. Allah s.w.t Maha mengetahui setiap isi-isi hati hambaNya.

Peluang yang Allah s.w.t beri pada kita untuk bertaubat sungguh banyak, dan Allah s.w.t pernah berfirman " waktu siang hamba-hamba ku akan melakukan dosa sama ada sengaja atau tidak dan pada waktu malam ku beri mereka ruang-ruang untuk mereka bertaubat ". Sayangnya Allah s.w.t pada hambaNya. Marilah kita meratapi dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan tidak kiralah sama ada kita sengaja atau tidak sengaja kita lakukan. Kita muhasabah diri kita, dan nilai semula diri kita sama ada kita insan yang bersyukur atau tidak.

Bersyukur kita Allah s.w.t beri peluang kita untuk berubah........

Kita perlu bersyukur kerana kita diberi peluang untuk kita berubah, dan kita pernah memohon pada Allah s.w.t agar diberi kekuatan untuk kita berubah, tetapi kenapa kita perlu bertangguh?...ingin seseorang dapat membimbing kita? diberi insan yang dapat membimbing kita...tetapi masih lagi dengan cara yang lama. Kenapa? apa lagi yang kita inginkan untuk berubah? jangan sampai Allah s.w.t menurunkan musibah yang amat pedih baru kita berubah. Kita perlu beringat Allah s.w.t memberi peluang untuk berubah dengan menurunkan musibah yang kecil dahulu, kemudian di turunkan musibah yang besar jika kita masih lagi degan sikap yang lama. Antara musibah yang besar ialah, apabila nyawa insan yang kita paling sayang di ambil oleh Allah s.w.t, tidak bergunalah kita menangis kerana meratapi pemergiannya tetapi kita perlu meratapi diri kita. Setiap musibah yang Allah s.w.t turunkan adalah kerana Allah menyayangi diri kita. Jangan takut untuk kita berubah, kita berubah kerana Allah s.w.t bukan kerana sesiapa, pedulikan apa yang orang lain katakan tentang kita, jangan takut dengan semua itu, ini kerana para Ulama pernah mengatakan " apabila seseorang melakukan perubahan iaitu ke arah kebaikan akan ada dugaan seperti kata-kata yang kita tidak disenangi yang datangnya dari insan-insan yang hatinya karat dengan dosa ". Kita sudah sedia maklum, akan adanya dugaan seperti itu, justeru itu, kita pedulikan sesungguhnya kita perlu bersyukur kerana Allah s.w.t mengkehendaki kita untuk ke arah kebaikan berbanding mereka yang mencaci dan melemahkan semangat kita. Kita perlu ingat JODOH PERTEMUAN, AJAL MAUT DAN REZEKI SEMUANYA ITU KETENTUAN ALLAH S.W.T. Kita tidak perlu risau dengan semua ujian yang akan datang kerana perubahan yang kita lakukan, dan Allah menjanjikan balasan yang baik bagi mereka yang melakukan kebaikan dengan ikhlas dan Allah menjanjikan balasan yang buruk bagi mereka yang melakukan kejahatan. Jangan sampai Allah s.w.t menutup ruang bertaubat. Mari kita mohon agar diberi ruang bertaubat dan berkesempatan ruang bertaubat sebelum mati dan jauhkanlah kita dari azab seksaan api neraka.

PESAN RASULULLAH KEPADA UMATNYA....

Rasulullah SAW yang Maksum (tidak ada dosa), yang mana syurga sudah disediakan baginya, dan semua dosanya yang dahulu, yang sekarang dan yang akan datang sekiranya ada telah diampuni Allah. Tetapi Rasullullah SAW sentiasa juga melakukan taubat, di dalam sehari semalam tidak kurang taubatnya 70 atau 100 kali. Sesuai dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Wahai manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah, sesungguhnya aku beristigfar tiap hari seratus kali."

Dan pernah juga Baginda bersabda:-

"Sesungguhnya aku beristigfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah tiap-tiap hari lebih daripada tujuh puluh kali ."


"Hai orang-orang yang beriman,
bertaubatlah kepada Allah
dengan taubat yang semurni-murninya"
(Al - Quran ,surah aT-Tahrim ayat 8)

Demikian tadi diantara potongan tafsir al-Quran dan Pesanan Rasulullah.

Bersyukur kita dengan Rezeki yang kita perolehi, lihat mereka yang berada dibawah kita yang lagi susah untuk mencari rezeki.
Bersyukur kita dengan apa yang kita ada, jangan terlalu mengikut nafsu.
Bersyukur kita diberi peluang dan ruang bertaubat dan berubah.

SEKIAN ASSALAMMUALAIKUM...........


Saturday, October 3, 2009

IBU (Mother)

Title : ibu (mother)
Artist : Zulfan
Genre : Nasyid.

Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku dirantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata,
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurahkan baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.
.......................................................................................................

" Ya Allah, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani,
Ampunkanlah dosa-dosaku yang pernah aku lakukan terhadap kedua ibu bapaku,
sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar, sama ada sengaja atau tidak sengaja,
tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman."

semoga kita selalu dibawah rahmatNya...Insya Allah...

sekian........