Pertama
Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin.
Tetapi Usaha sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah Usaha sebenarnya..
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina.
Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"
Kedua
Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya.
Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Untuk yang kurang pendedahan agama: Mungkin mengambil jalan untuk bercouple (dating etc)
Untuk golongan pertengahan: Biasanya akan menggunakan ayat-ayat kiasan, jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah 'bercouple dalam islam'...
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama: Ini bahaya!
Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik.
Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati.
Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?
Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya Allah.
Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ianya adalah 'mendekati' , bukannya 'melakukan'.. Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!.. subhanallah.. nauzubillah.. ihfazna ya Rahman..
Ketiga
Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda.. 'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami.
Di sinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan 'usaha' yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala 'usaha' yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.
Di benak hati, letakkan Keyakinan.. ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh... moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.
Formula : Yakin + Islam's way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama.
Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya.. saya juga seorang lelaki.
Syukran 'ihfazillah yahfazka'..
salam ukhuwah..
Kahwin!.. this is the way, the only way... rite?